17 March, 2011

5000 Orang Mati di Jepun.Kenapa Peduli Sangat?

2 comments


Pakcik tahu gempa bumi dan seterusnya tsunami yang melanda Jepun memang dasyat.Sebagai manusia hati kita tersentuh sangat bila melihat kesan dari bencana yang melanda negara matahari terbit ini.Sekelip mata saja rumah yang menjadi asas kita berlindung ranap menyembah bumi.Saudara mara yang hilang entah di mana tidak dijumpai bila tsunami melanda.Yang paling kasihan ada anak kecil yang baru berusia beberapa tahun saja sudahpun menjadi yatim piatu bila ibu bapa terkambus bersama lumpur dan tanah yang dibawa tsunami.

Tapi apa nak dipeduli sangat bagi Pakcik.Selepas 3 bulan ada kita peduli semua tu?Sekarang pun sebab media memainkan isu di Jepun ni barulah kita tahu berapa yang mati.Lepas beberapa bulan ada ke kita peduli?

Dengar sini.Dekat Afrika dalam satu hari berapa ramai anak-anak yang masih lagi menyusu mati?Cara mereka mati lagi dasyat.Mati akibat kelaparan sangat menyeksakan.Tambah-tambah pula yang azab tu bayi baru beberapa bulan.Nangis tak berhenti.Tempat berteduh dari hujan dan panas tak payah ceritala.Pendatang asing yang merempat bawah jejambat lagi selesa yang amat sangat berbanding mereka di Afrika.

Persoalannya,kita peduli ke semua tu?Kita tak peduli pun sebab tak ada media eletronik atau cetak yang siarkan.Kalau ada pun sekejap saja.Pakcik bukannya mahu cari populariti dengan benda macam ni tapi bila difikirkan balik manusia semuanya akan mati.Kita sedih bila kita peduli saja.Itupun jika kita tahu ataupun ada orang beritahu.Kalau tak manalah kita peduli sangat pun.Betul tak?


16 March, 2011

Basikal Rajnikanth

1 comments
Siapa pernah tengok filem tamil 'Paddayappa' memang teruja habis tengok gaya pelakon femes Rajnikanth.Memang kool habislah!

Nak tahu macam mana basikal Rajnikanth?




Jangan main-main sama 'Sivaji The Boss' ok!

14 March, 2011

Main Golf Dalam Toilet

0 comments




Siap ada 'Dont Disturb' lagi.Memang LOL habis.

Android Apps: ZombieBooth

0 comments


Gambar di atas adalah kucing Pakcik yang telah di'transformkan' menjadi zombie.Kool kan?

Dengan ZombieBooth,anda boleh hasilkan imej 3d zombie rakan-rakan mahupun diri anda sendiri.Caranya dengan mengambil gambar orang yang anda mahu tukarkan menjadi zombie samada dengan menangkapnya melalui kamera ataupun terus memilih gambar dari galeri telefon anda.

Lebih menarik lagi zombie ini akan cuba menggigit jari anda bila anda meletakkan jari pada skrin telefon.Siap ada percikan darah lagi bila zombie dapat gigit.Pendek kata....aii dasyat.

Anda boleh dapatkan apps ini di sini.Ataupun cari ZombieBooth di Android Market telefon anda.

Bagaimana Untuk Menggembirakan Isteri Anda Dengan Hanya 3.5 inci Saja.

0 comments

Tutorial:Periksa Keselamatan Data Peribadi Facebook Anda

0 comments
Pakcik pernah terbaca ada syarikat menggunakan Facebook untuk melihat data peribadi bakal pekerja yang mereka mahu ambil bekerja.Walaupun agak keterlaluan tapi Pakcik percaya syarikat berkenaan menggunakan cara tersebut untuk mengelak dari ditipu oleh bakal anak majikan mereka.Tapi persoalannya bagaimana syarikat tersebut mencari data peribadi seseorang dari Facebook?Bukan semua yang letak nama sebenar dalam Facebook mereka.Tak kan sampai nak upah hacker kut? CIA jauh sekali.

Sebenarnya teknik macam ni senang saja sekarang.Sila klik di sini .Masukkan e-mail Facebook anda dan tekan butang 'Find User'.Kalau data peribadi anda betul-betul selamat,paling sedikit hanya nama anda saja yang keluar.Kalau keluar data tempat tinggal,jantina,berasal dari mana dan apa-apa lagi,silalah semak semula 'privacy setting' pada Facebook anda.



Walaupun pihak Facebook telah menyediakan fungsi 'privacy setting', masih ramai pengguna yang tidak menggunakannya.

Jika anda merasakan data peribadi anda penting,Pakcik nasihatkan sila semak sekarang.Kalau tidak satu dunia tau hobi anda suka korek hidung.LOL!

13 March, 2011

Bayi Lapar Susu Yang LOL!

0 comments

Untuk Yang Dah Kahwin Saja Ok!

0 comments




09 March, 2011

Kiamat Dah Dekat 21 Mei 2011!

0 comments


Dalam filem 2012,dunia diramal akan dilanda banjir besar pada penghujung tahun 2012 tetapi sebenarnya 21 Mei tahun ini adalah tarikh yang tepat.Pada tarikh tersebut satu gempa bumi yang sangat dasyat akan berlaku seterusnya mencetuskan mega tsunami yang akan menenggelamkan bumi ini seperti yang divisualkan dalam filem 2012.Seperti banjir besar yang pernah berlaku pada zaman Nabi Nuh,manusia akan hampir pupus di muka bumi ini dan seterusnya kiamat dunia terjadi pada tanggal 21 Okt tahun ini.

Inilah yang cuba dihebahkan oleh sebuah pertubuhan dikenali sebagai 'Family Radio'.Dunia akan kiamat 21 Mei ini.Family Radio adalah sebuah stesen radio yang mana mengajar pendengarnya tentang ajaran Kristian dan kepercayaan pada Bible.Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja bersama-sama dengan pengikut mereka untuk menerangkan kepada rakyat di U.S.A tentang 21 Mei ini.Dengan kempen dikenali sebagai 'Project Caravan',mereka menerangkan bahawa dunia akan kiamat bermula 21 Mei berdasarkan kajian dalam Bible.

Teori mereka ialah banjir besar pada zaman Nabi Nuh berlaku pada tahun 4990 b.c iaitu kira-kira 7000 tahun yang lalu.Di dalam Bible ada menerangkan bahawa banjir besar akan berlaku lagi 7 hari selepas itu.Menurut mereka,satu hari pada Tuhan bersamaan dengan 1000 tahun.Setelah dilakukan kiraan, 21 Mei ini adalah tarikh yang tepat terjadinya banjir besar kedua seperti yang diramalkan.Manusia akan mengharungi 153 hari yang dasyat dan menakutkan sebelum kiamat pada 21 Okt ini.

Sebelum ini,dunia pernah diramalkan kiamat sebelum 4 Sept 1994 oleh ketua kumpulan ini,Harold Camping yang berumur 89 tahun.Tetapi Camping mengakui akan kesilapannya dan dia memberi alasan terdapat kesilapan pada pengiraan hari.

Walaupun telah mengelilingi U.S.A untuk menerangkan akan 21 Mei ini,mereka tidak memberi jaminan bagaimana untuk mengambil langkah terus hidup pada tarikh berkenaan sebelum kiamat dunia 21 Okt tahun ini.

08 March, 2011

Klon Badan Lionel Messi

0 comments


Hussain Isa memang bertuah.Lelaki yang berasal dari Canvey Island,England ni pada mulanya ingat dapat watak pak pacak bila dipanggil oleh pihak Adidas untuk berlakon.Nasib dia berubah bila pemain bola terbaik dunia,Lionel Messi tak dapat datang sebab sibuk dengan latihan bola.Dengan bantuan kesan khas komputer,kepala Messi dicantum pada badan Hussain.Memang kool habis.Hussain dapat berlakon jadi Messi selama tiga hari.

Kalau hari biasa Hussain ni kerja sebagai cikgu pendidikan jasmani sekolah.Dia juga 'striker' untuk sebuah kelab kecil bolasepak di Canvey Island.Walaupun dah berlakon sebagai Messi,dia tetap sokong Arsenal dan bukannya Barcelona.Paling best bila Barcelona kalah dengan Arsenal 2-1 di London hari tu.Lol!

07 March, 2011

Senjata Paling Dikehendaki Penjenayah

1 comments
Pakcik suka tonton satu saluran di Astro berkisar tentang penjenayah yang telah ditangkap dan dihumban ke penjara.Dah namanya penjenayah walaupun dah terkurung dalam sel besi,masih lagi tak serik-serik.Di U.S.A wujud geng-geng di penjara yang mengikut kaum masing-masing.Jadi selalulah mereka ni bergaduh sebab tak puas hati satu sama lain.Sebagai ikhtiar hidup mereka ni terpaksa cipta senjata sendiri dengan cara yang unik sebagai satu langkah 'self-defense'.


-Bahan utama sudu besi yang diasah hujung pemegang sehingga tajam.Dibalut dengan kain pelapis untuk lebih cengkaman.Senjata feveret penjenayah di penjara sebab senang untuk dibuat dan susah untuk rosak


-Pemegang kayu yang diikat dengan mata pisau pencukur.Mata pisau pencukur digam bersama pada kayu dan dibalut dengan pita pelekat supaya tidak mudah tertanggal.Pemegang dibalut untuk lebih cengkaman.

-Paling senang.Patahkan besi sehingga hujungnya runcing dan tajam.

-Sikat rambut diikat dengan mata pisau pencukur.Diikat dengan tali kasut dan wayar tembaga.

-Sarung tangan berkebun dengan satu lagi sarung tangan di dalam dan diletakkan paku payung ditengah-tengah.Memang berlubang muka kalau kena penumbuk.

06 March, 2011

Will Smith Tolak Watak Neo The Matrix

0 comments


Pada mulanya watak femes Neo dalam filem The Matrix telah diberikan pada Will Smith.Will Smith yang femes dengan filem Independence Day,Men In Black,I-Robot,I Am Legend telah menolak watak tersebut setelah membaca skrip filem The Matrix.Alasannya,dia tak faham langsung konsep filem ni.Bagi dia konsep manusia hidup dalam dunia komputer susah untuk difahami.Setelah Will Smith tolak tawaran tersebut,hampir 5 ribu orang telah diujibakat dan akhirnya Keanu Reeves dipilih.

Pakcik sendiri pun sampai sekarang tak berapa faham filem The Matrix ni.Tapi kalaulah Will Smith jadi pegang watak Neo,komfem watak Neo jadi pak lawak lepas tu suka buat bising.Apa pun Keanu Reeves memang sesuai sangat dengan karekter Neo yang macho dan bergaya.

05 March, 2011

Kawan Yang Hilang

0 comments


Kesian dia ni.Merata-rata dia cari kawan dia yang hilang.Atas dasar kemanusiaan Pakcik tolongla dia cari sama.Harap kawan-kawan dapatla bagitau kalau jumpa ye.

Muka Muka Johnny Depp

0 comments

04 March, 2011

Susah Sebenarnya Jadi Cikgu

0 comments


Memang comel habis zirafah yang dia lukis.Tak jadi cikgu dia nak marah.LOL!

Team Bola Paling Ditakuti

0 comments



Memang phycho habislah nama pasukan bolasepak budak-budak ni.Sebelum main pasukan lawan dah pikir 2-3 kali bila dengar nama Wu Tang.Dekat U.S.A, Wu-Tang Clan ialah nama kumpulan rappers paling gangster satu tika dulu.

Nak tau siapa pengurus pasukan Wu Tang?....


Goggles Umbrella

0 comments
Rekaan yang sangat kreatif.Kalau ada jual kat Malaysia Pakcik pun teringin nak beli satu.Ciptaan dari Taiwan.





Christian Bale Model Ubat Kurus

0 comments


Pakcik baru lepas tengok filem The Machinist dan Pakcik ngeri habis tengok filem tu.Bukan pasal ada hantu ke ganas ke tapi ngeri tengok badan Christian Bale dalam filem tu,kurus bebenor!

Tapi memang Pakcik respek habis sebab dia ni cepat kurus dan cepatla pulak badan dia naik balik.Berketul pulak tu.

Yoga Dan Pemabuk

0 comments
Apa persamaan mereka berdua?Memang LOL habis bila sebenarnya sama saja.








Justin Bieber

0 comments


Pakcik taktau nak gelak ke apa.Memang boleh bikin peminat tegar Justin Bieber meraung-raung tengok botak licin macam ni.

01 March, 2011

Real Pikachu

0 comments
Alahai comelnya.Tapi jgn risau sebab ini gambar yang diedit dengan Photoshop.Memang spoil bukan.

Bila Web Media Sosial Jadi Pelajar

0 comments
Apa jadi bila nama-nama besar laman web media sosial jadi pelajar sekolah?
Sila klik pada pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Pelajar yang dulu Top Student, Myspace kini dah tenggelam sebab pelajar baru Facebook lagi femes dan lagi ramai kawan.Habis semua kawan-kawan Myspace lari.Haha!

28 February, 2011

Baju Terbang Idaman Keluangman

0 comments
Pakcik akui yang Pakcik tidak selesa berada di tempat yang tinggi.Tapi baju terbang khas Air Suit ni buat Pakcik teruja untuk cuba jugak.Dalam filem Batman memang ada konsep baju macam nie.




Baju nie dijual atas permintaan.Betul-betul berminat baru mereka buat.Dalam masa 8-10 minggu baru boleh siap.Harga termasuk sekali dengan pakej latihan.


27 February, 2011

Ilusi Kosmetik

2 comments
Wanita bangsa cina yang bermata sepet ramai yang mahu mata mereka lebih besar dari biasa.Ada yang beli kanta lekap untuk bagi mata nampak bulat.Wanita melayu pulak minat lelaki mata sepet.
Hehe jangan marah Pakcik tau.


Tak perlu kanta lekap.Guna eyeliner pun dah cukup.

Senarai Pemegang Saham Facebook

0 comments


Dulu havoc sekejap bila keluar cerita Facebook akan ditutup padahal semua tu prank news saja.Siapa yang sampai sekarang pun percaya lagi berita tu memang Pakcik tak tau nak kata apa.Pakcik yang dah tua ni pun tau macam mana nak google cari sumber sebenar.

Oh...Bono penyanyi group U2 pun ada dalam senarai.

Catwoman versi Anne Hathaway

0 comments
Anne Hathaway yang femes dengan filem Princess Diaries akan muncul sebagai Selina Kyle @ Catwoman dalam filem terbaru Batman Dark Knight Rises.


Mula-mula Pakcik rasa pelik boleh ke si Anne ni berlakon jadi Catwoman tapi bila difikirkan pengarah filem ni, Cristopher Nolan bukannya jenis pengarah yang amik pelakon tangkap muat sbb semua filem dia dasyat-dasyat ( Momento,The Dark Knight,Inception) jadi Pakcik rasa mungkin dia nak beri nafas baru bagi karektor Catwoman macam dia buat untuk karektor Joker lakonan mantap mendiang Heath Ledger.

Kesimpulannya,filem harus tonton untuk 2012!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...