14 March, 2011

Tutorial:Periksa Keselamatan Data Peribadi Facebook Anda

Pakcik pernah terbaca ada syarikat menggunakan Facebook untuk melihat data peribadi bakal pekerja yang mereka mahu ambil bekerja.Walaupun agak keterlaluan tapi Pakcik percaya syarikat berkenaan menggunakan cara tersebut untuk mengelak dari ditipu oleh bakal anak majikan mereka.Tapi persoalannya bagaimana syarikat tersebut mencari data peribadi seseorang dari Facebook?Bukan semua yang letak nama sebenar dalam Facebook mereka.Tak kan sampai nak upah hacker kut? CIA jauh sekali.

Sebenarnya teknik macam ni senang saja sekarang.Sila klik di sini .Masukkan e-mail Facebook anda dan tekan butang 'Find User'.Kalau data peribadi anda betul-betul selamat,paling sedikit hanya nama anda saja yang keluar.Kalau keluar data tempat tinggal,jantina,berasal dari mana dan apa-apa lagi,silalah semak semula 'privacy setting' pada Facebook anda.



Walaupun pihak Facebook telah menyediakan fungsi 'privacy setting', masih ramai pengguna yang tidak menggunakannya.

Jika anda merasakan data peribadi anda penting,Pakcik nasihatkan sila semak sekarang.Kalau tidak satu dunia tau hobi anda suka korek hidung.LOL!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...