09 March, 2011

Kiamat Dah Dekat 21 Mei 2011!



Dalam filem 2012,dunia diramal akan dilanda banjir besar pada penghujung tahun 2012 tetapi sebenarnya 21 Mei tahun ini adalah tarikh yang tepat.Pada tarikh tersebut satu gempa bumi yang sangat dasyat akan berlaku seterusnya mencetuskan mega tsunami yang akan menenggelamkan bumi ini seperti yang divisualkan dalam filem 2012.Seperti banjir besar yang pernah berlaku pada zaman Nabi Nuh,manusia akan hampir pupus di muka bumi ini dan seterusnya kiamat dunia terjadi pada tanggal 21 Okt tahun ini.

Inilah yang cuba dihebahkan oleh sebuah pertubuhan dikenali sebagai 'Family Radio'.Dunia akan kiamat 21 Mei ini.Family Radio adalah sebuah stesen radio yang mana mengajar pendengarnya tentang ajaran Kristian dan kepercayaan pada Bible.Mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja bersama-sama dengan pengikut mereka untuk menerangkan kepada rakyat di U.S.A tentang 21 Mei ini.Dengan kempen dikenali sebagai 'Project Caravan',mereka menerangkan bahawa dunia akan kiamat bermula 21 Mei berdasarkan kajian dalam Bible.

Teori mereka ialah banjir besar pada zaman Nabi Nuh berlaku pada tahun 4990 b.c iaitu kira-kira 7000 tahun yang lalu.Di dalam Bible ada menerangkan bahawa banjir besar akan berlaku lagi 7 hari selepas itu.Menurut mereka,satu hari pada Tuhan bersamaan dengan 1000 tahun.Setelah dilakukan kiraan, 21 Mei ini adalah tarikh yang tepat terjadinya banjir besar kedua seperti yang diramalkan.Manusia akan mengharungi 153 hari yang dasyat dan menakutkan sebelum kiamat pada 21 Okt ini.

Sebelum ini,dunia pernah diramalkan kiamat sebelum 4 Sept 1994 oleh ketua kumpulan ini,Harold Camping yang berumur 89 tahun.Tetapi Camping mengakui akan kesilapannya dan dia memberi alasan terdapat kesilapan pada pengiraan hari.

Walaupun telah mengelilingi U.S.A untuk menerangkan akan 21 Mei ini,mereka tidak memberi jaminan bagaimana untuk mengambil langkah terus hidup pada tarikh berkenaan sebelum kiamat dunia 21 Okt tahun ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...